Nov 5, 2010

kArAngAn mAntOp dri bUdAk drjAh 4!!!

Pagi itu pagi minggu.
Cuaca cukup sejuk sehingga
mencapai takat suhu beku.
Sebab itu saya tidak mandi pagi
         sebab air kolah jadi air batu dan 
       air paip tidak mahu keluar sebab beku
      di dalam batang paip. Pagi itu saya 
       bersarapan dengan keluarga di dalam unggun 
     api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu
    emak saya mengajak saya menemaninya ke
    pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas
  emak menikam perut saya berkali-kali
  dengan garfu barulah saya bersetuju
untuk mengikutnya. Kami berjalan
 letaknya 128 kilometer dari rumah.
 Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya
ternampak sebuah lori kontena meluru
dengan laju dari arah belakang. Dia
melanggar emak saya. Emak saya
tercampak ke dalam gaung. Dia
menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya
naik semula dan mengejar lori
tersebut. Saya pun turut berlari di
belakang emak saya kerana takut emak
saya melanggar lori itu pula. Pemandu
lori itu nampak kami mengejarnya. Dia
pun memecut lebih laju iaitu sama
dengan kelajuan cahaya. Kami pula
terpaksa mengejar dengan lebih laju
iaitu sama dengan dua kali ganda
kelajuan cahaya. Emak saya dapat
menerajang tayar depan lori itu. Lori
itu terbabas dan melanggar pembahagi
jalan lalu bertembung dengan sebuah
feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang
feri itu yang seramai 100 orang
semuanya mati. Pemandu feri itu sangat
marah. Dia pun bertukar menjadi
Ultraman dan memfire pemandu lori.
Pemandu lori menekan butang khas di
dalam lori dia..lori itu bertukar
menjadi robot Transformers.
Mereka
bergaduh di udara. Emak saya tidak
puas hati. Dia pun terus menyewa
     sebuah helikopter di Genting Highlands
dan terus ke tempat kemalangan. Dia
melanggar pemandu feri yang telah
    bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu
      feri itu terkejut dan terus bertukar
menjadi pemandu feri semula lalu
terhempas ke jalanraya. Pemandu feri
itu pecah. Pemandu lori sangat takut
melihat kejadian itu. Dia meminta maaf
dari emak saya. Dia menghulurkan
tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya
masih marah. Dia menyendengkan
helikopternya dan mengerat tangan
pemandu lori itu dengan kipas
helikopter. Pemandu lori itu
menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.
Emak saya menghantar helikopter itu ke
Genting Highlands. Bila dia balik ke
tempat kejadian, dia terus memukul
pemandu lori itu dengan beg tangannya
      sambil memarahi pemandu lori itu di
     dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori
  itu tidak dapat menjawab sebab
    emak saya cakap orang putih. Lalu 
pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian
kereta polis pun sampai. Dia membuat
laporan ke ibu pejabatnya tentang
kemalangan ngeri itu. Semua anggota
polis di pejabat polis itu terperanjat
lalu mati. Orang ramai mengerumuni
tempat kejadian kerana ingin
mengetahui apa yang telah terjadi.
Polis yang bertugas cuba menyuraikan
orang ramai lalu dia menjerit
menggunakan pembesar suara. Orang
ramai terperanjat dan semuanya mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke
pasar untuk mengelak lebih ramai lagi
yang akan mati. Di pasar, emak saya
menceritakan kejadian itu kepada
penjual daging. Penjual daging dan
peniaga-peniaga berhampiran yang
mendengar cerita itu semuanya terkejut
dan mati. Saya dan emak saya terus
berlari balik ke rumah. Kerana terlalu
penat sebaik saja sampai di rumah kami
pun mati. Itulah kemalangan yang
paling ngeri yang pernah saya
         lihat sebelum saya mati....

1 comment:

lylalittle said...

aigooo~
haha... ;P



SeLaMat Datang! Kamsahamida.. ♥